Tahun 1 Unit 7

Laman web ini disediakan untuk menyokong kandungan yang terdapat dalam Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi KSSR Tahun 1. Laman web ini mengandungi nota-nota dan aktiviti-aktiviti tambahan untuk guru dan murid.

Laman web ini telah disusun mengikut muka surat dan unit-unit tertentu, selari dengan kandungan dalam Buku Teks. Nota-nota yang terkandung dalam laman web ini terdiri daripada nota-nota tambahan bagi segmen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), serta aktiviti-aktiviti tambahan yang menarik minat guru dan murid.

Diharapkan agar pihak guru dan murid dapat menggunakan laman web ini seoptimum mungkin.

Sekian, terima kasih.

UNIT 6 – HIDUNG UNTUK MENGHIDU

MUKA SURAT 56 – UNTUK MURID

Kamu boleh membuat penyaman udara sendiri dengan menggunakan buah oren dan bunga cengkih. Penyaman udara ini sesuai diletakkan di atas meja supaya bilik berbau wangi.Aktiviti Reka Bentuk – Penyaman Udara

Bahan:
Sebiji buah oren.
Segenggam bunga cengkih.

Langkah-langkah:Rajah 1: Bunga cengkih dan buah oren.

1. Cucuk bunga cengkih pada kulit buah oren.
2. Penuhkan bunga cengkih pada kulit buah oren tersebut.

Rajah 2: Cucuk bunga cengkih pada kulit buah oren.

Rajah 3: Penyaman udara yang telah siap

Cadangan:  Kamu boleh hiaskan penyaman udara ini dengan mencucuk buah cengkih mengikut bentuk yang menarik. Anda juga boleh gantikan buah oren dengan buah lemon atau limau nipis.

Nota tambahan untuk guru mengenai Microsoft PowerPoint. Terdapat dua versi nota yang disediakan, iaitu versi Microsoft Office XP dan versi Microsoft Office 2007.TMK – Mari Buat Persembahan

TMK – Mari Buat Persembahan (Versi Microsoft Office 2007) 

TMK – Mari Buat Persembahan (Versi Microsoft Office XP)